Saturday, November 22, 2008

AWARD DARI SUZI



Terimakasih Suzi atas award ni......apa pulak kak erin nak bagi untuk Suzi?

Tuesday, November 18, 2008

TAG DARI SUZI- WORK STATION



rules:
  • snap work station anda
  • then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
  • iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
  • tengok contoh yang dibuat nih...
  • begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
  • sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
  • kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
  • tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..
So kat sini lah tempat permainan hari-hari.



WORK STATION

# LIYANNUAR # AZZA # SUZI # AKAKERIN

Kena tag 7 orang geng 'MAMAK'
Geng kak erin pulak cukup-cukup 7 orang.....yang lain pun geng jugak tapi malu nak suruh.
Jadi kalau boleh buatlah okay!

# AYONGDEDEK @ DELL, PENANG
# JUN
# CIK WAN @ TAIPEI
# YUS ( JANSSEN) @ BELGIUM
# ZANIE @ JOHOR
# ZALIANA
# NURULAIN @ IRELAND

Panjang-panjangkan lah tag ni okay!!!



Saturday, November 15, 2008

CUTI


Cuti sekolah dah mula nih. Kak erin tengah fikir apa nak buat dengan anak2 sepanjang cuti sekolah ni.Kena ada aktiviti jugak nih nanti anak2 boring dan yang paling takut sekali nanti depa 'berperang' sesama sendiri.

Ingat nak ajak anak2 naik train balik kampung kat Alor Setar. Depa tak pernah naik train lagi. Ya lah asyik2 naik kereta ja balik kg. Sejak depa dah besar ni, belum merasa lagi naik train. Tapi kak erin pulak yang takut........takut terbabas pi ke Bangkok pulak nanti........



Sunday, November 9, 2008

PANCAKE

Justify Full

Pagi- pagi cubalah buat pancake.Resepi ambik dari blog Maisya.Gambar memang tak cantik tapi ada rasa dan pancake tu jadik! Suami kak erin tanya........erin beli yang dah siap ka?Kak erin bagitau lah yang kak erin cuma guna tepung gandum saja. He...he..he .....dia tak percaya!





Saturday, November 8, 2008

KOAY TEOW SUP


Sama ada bihun sup atau mee sup ataupun koay teow sup.........menu ni memang wajib buat selalu. Selalu kak erin buat untuk makan malam. Kalau rajin buat yang paling sempoi punya.....tapi kalau malaih sikit je bahan-bahannya.

Apa pun jamu mata sajalah...tak payah tulis resepi sebab resepi biasa-biasa je!




Semalam genap 15 thn. usia perkahwinan kak erin. Sat saja rasanya masa tu berjalan! Last sekali ingat umur ni baru saja 24thn. First time lahirkan QHAIRRUL IRFAN. Hari ni bila ingat balik rupa-rupanya dah 37thn. Dah tua lah......lagi 3 tahun angka 4 pulak dok intai!

Bila tengok anak-anak makin membesar......dok tanya dekat diri sendiri......dah cukupkah didik anak-anak selama ni? Bab-bab sembahyang ni cukup susah anak-anak nak buat. Irfan ni kalau hari Jumaat saja mulalah kena berperang dengan dia......pasai apa? pasai dia ni buat lambat-lambat nak pi masjid.Jadi mulalah bising dan riuh-rendah satu rumah.

Ya Allah susahnya nak didik anak-anak rupanya...........kena sabaq banyak2.Mudah-mudahan bila dah besaq jadi orang yang baik2 dan kuat iman! Tak maulah letak harapan tinggi2 kat anak-anak tapi biarlah hidup depa nanti sempurna macam orang lain jugak.

Ni cuti sekolah dah tak lama lagi............pening kepala ibu!!!!!!


Friday, November 7, 2008

KEK

Resepi ni ambik dari blog lemongrass. Disebabkan asyik bukak tutup oven.....maka kek tersebut tenggelamlah sikit kat tengah-tengah.




Aktiviti sepanjang minggu lepas- cuba2 buat kek. Ambik resepi kek ni dari blog Maisya ,gebu dan lembut.Nantilah nak cuba buat sekali lagi!




Hari ni saja-saja nak tunjuk simpanan pisau-pisau yang kak erin kumpul selama ni.Bukanlah simpan sebenarnya.......banyak yang dah diguna hari-hari.Ada antaranya yang kak erin beli dan ada jugak yang anak2 sedara hadiahkan.Salah satu dari pisau2 tu.....Mizan- anak sedara kak erin yang belikan masa dia pi Germany.Macam pisau kecik yang warna putih tu sebenarnya dibuat dari seramik......sayang pulak nak guna! Hajat hati naklah jugak beli pisau yang dalam case macam beg James Bond tu......tapi sampai RM 2,400 untuk satu set. Memanglah tak mampu lagi.Tapi memang ralit tengok pisau-pisau ni.......ada peluang dan cukup duit memang kak erin akan beli.Kalau tengok batu asah pisau kak erin.....kontot saja pasai dah terpatah dua.....tapi bila asah pisau memang pisau tu akan tajam.Boleh ka nak letak entry batu asah tu? Hish.....buat malu kat orang saja.Kalau orang lain minat kumpul barang kemas ke atau beli handphone baru ke......tapi kak erin memang gila dengan pisau.Nak beli pisau......nak beli pisau....nak beli pisau.....nak beli pisau!



Thursday, November 6, 2008

berbuka @hydro majestic hotel


ni gambar masa berbuka puasa kat hydro majestic. baru nak update he he he

anak akak ni suka makan jagung!!



Wednesday, November 5, 2008



Selain dari tugas hantar anak2 ke sekolah disebelah pagi, lagi satu tugas yang mesti dibuat ialah menjengah blog-blog kegemaran kak erin. Itu pun kalau Muhammad Addary sorang ni tak kacau ibu dia. Sejak dah 'tersalah masuk' ke alam blog ni, rasa macam ketagih pulak nak kena tengok hari2. Salah satu dari blog kegemaran kak erin ialah blog cik lemongrass......ralit baca apa yang dia tulis setiap hari. Dari manalah agaknya dia dapat idea nak menulis setiap hari......kak erin memang kagum dengan dia!
Lagi satu penulis kegemaran kak erin ialah cik Ain yang duduk kat Ireland tu. Pasai apalah dia tak buat entry baru........kak erin rindu nak baca cerita2 dia.....sibuk sangat kah Ain sekarang ni?

La ni dah tambah lagi satu penulis kegemaran kak erin.......siapa lagi kalau bukan cik Suzilawati yang dok kat Adelaide tu! Rajin betui dia masak, tapi nak buat macam mana .....anak2 nak makan apa kalau kita ni malas masak .......betui dak Suzi?
Ada lagi sorang ni yang kak erin patut sebut nama dia first sekali. Kak erin minat sangat tengok kreativiti Cik Wan yang duk kat Taipei tu! Cik Wan memang ada bakat dalam pastry. Kak erin dah awai-awai bagi tau Cik Wan, kalau dia nak bukak kedai pastry kat Penang nanti, ambiklah kak erin keja dengan dia.

Kak erin pun minat baca cerita2 Jun.......dia ni memang aktif betui memasak. Kak erin dah pernah cuba buat resepi 'Puding Roti'.......jadik pulak tu. Jun kalau bagi resepi memang ikhlas.....memang akan menjadik. Jun bila nak datang Penang ni....nanti kak erin masak 'Nasi Lemuni'. Blog Maisya pun selalu kak erin jenguk......memang bagus.

Azam tahun depan kalau boleh hari2 nak letak entry baru......boleh ke?



Tuesday, November 4, 2008

TAG: 7 FACTS ABOUT ME

Dapat tag dari Ain , sorrylah Ain.....baru sekarang ni boleh jawab.


Kak Erin ialah......

1. Anak sulung dari 4 beradik

2. Nama dalam mykad ERINNE BT HUSSIN

3. Memang suka dan minat memasak ( sampaikan abik course kat ITM pun dalam
cooking jugak)

4. Memang sayang sangat kat anak2, walaupun selalu naik angin kat depa

5. Dah biasa pi mana2 dengan anak2 saja, sebab suami sibuk dengan kerja

6. Suka kumpul buku masakan

7. Minat kumpul pisau2

8. Sejak dah berumur ni........nak buat apa2 pun pikiaq panjang2


Itu sajalah Ain, lain kali taglah lagi dengan soalan2 yang lain pulak

Kak erin nak cubalah jawab tag yang dah lama dipos oleh ayongdedek ngan ain yang dok jauh kat Ireland tu.

Nama-nama timbangan oleh orang yang tersayang:-

a) Nini - abah yang selalu panggil dengan nama tu

b) Yong - mama dengan adik-adik

c) Erin - kawan2 masa kat sekolah dan di office dulu

d) Maksu - anak2 sedara disebelah suami

e) Sayang- suami lah tu

Saya seorang yang........

a) suka makan
b) suka memasak
c) suka gelak
d) kadang2 suka naik angin
e) pantang tengok pisau ( suka beli pisau2 untuk memasak )
f) kalau ada duit memang nak membeli saja
g) seorang yang peramah


Insan teristimewa = describe apa yang membuatkan dia terlalu istimewa di mata anda
- suami ( sebab sayangkan kak erin sepenuh jiwa dan raga......he..he...he mintak-mintak sampai tua lah dia sayang )


Makanan kegemaran anda.......
a) nasi dagang
b) laksa
c) bihun sup
d) cucuq kodok
e) cucuq udang
f) keow teow goreng
g) ikan keli goreng

Favourite color.....
suka biru


Favourite song....
Atas Nama Cinta ( Rossa)


Sikap yang membuatkan anda stress....
tak tau tapi saja nak tunjuk pandai


3 benda yang mesti ada dalam handbag anda......
jarang bawak handbag sekarang ni


Bila nangis beria-ria.....kenapa?
Tak ingatlah bila....tapi kalau menangis mesti sakit hati dengan seseorang


Nak tag siapa?
Tak payahlah kot......segan nak suruh.