Semalam genap 15 thn. usia perkahwinan kak erin. Sat saja rasanya masa tu berjalan! Last sekali ingat umur ni baru saja 24thn. First time lahirkan QHAIRRUL IRFAN. Hari ni bila ingat balik rupa-rupanya dah 37thn. Dah tua lah......lagi 3 tahun angka 4 pulak dok intai!
Bila tengok anak-anak makin membesar......dok tanya dekat diri sendiri......dah cukupkah didik anak-anak selama ni? Bab-bab sembahyang ni cukup susah anak-anak nak buat. Irfan ni kalau hari Jumaat saja mulalah kena berperang dengan dia......pasai apa? pasai dia ni buat lambat-lambat nak pi masjid.Jadi mulalah bising dan riuh-rendah satu rumah.
Ya Allah susahnya nak didik anak-anak rupanya...........kena sabaq banyak2.Mudah-mudahan bila dah besaq jadi orang yang baik2 dan kuat iman! Tak maulah letak harapan tinggi2 kat anak-anak tapi biarlah hidup depa nanti sempurna macam orang lain jugak.
Ni cuti sekolah dah tak lama lagi............pening kepala ibu!!!!!!
2 comments:
salam kak erin
Mencabar kan jadi ibu ni..za anak keci lagi pun fikir mcm2 mcm mana nak jadi ibu yang baik..byk ilmu parenting kena belajar..mungkin boleh belajar dengan akak kot :D
Seronok ya anak-anak dah besar..dah boleh jadi kawan-kawan dah.
Hai za,
memang seronok anak2 dah besar, yang sulung lelaki tu dah terlebih tinggi dari kak erin, yg. second girl next year dah sebelas tahun dan yg. kecik pulak next year dah 4 yrs.
cukup 3 je anak2 kak erin....dah tak boleh pregnant lagi.
Post a Comment