Tuesday, February 3, 2009
Saja kak erin buat pancake untuk anak-anak bekalkan ke sekolah. Sebenaqnya tak lah berapa suka sangat makan pancake ni tapi disebabkan ada lebih kenalah makan jugak. Kalau nak makan dengan jem ataupun honey dah biasakan......
Tengok ada banyak lagi suji/ semolina yang beli hari tu, terasa pulak nak makan kuah suji.
Dulu dah biasa makan roti jala dengan kuah kari daging saja tapi bila dah mai dok Penang ni, kak erin tengok orang2 kat sini suka makan kuah suji dengan roti jala ataupun dengan roti benggali.Cuba jugaklah belajaq sebab abang mamak kita suka makan.
KUAH SUJI
2 cawan suji
1 cawan santan/ susu
2 cawan air
gula ikut manis
sedikit garam & daun pandan yg. disimpulkan
Cara nak buat:-
Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masak dengan api sederhana sebab takut suji ni hangit.
Biar mendidih dan pekat sedikit, kalau pekat sangat tambahkan air sikit lagi.
Kuah ni kalau makan saja pun sedap jugak....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam ziarah,
terima kasih untuk resepi ni...nanti boleh saya cuba.
Kak Erin, kalo mak saya, masak suji ni bagi pekat sikit, macam puding pun ada jugak..letak minyak sapi sikit,pas tu potong..sedap..
Noorma kalau org. penang ni tak letak minyak sapi...tak lah pekat sangat....jenis boleh cicah.
kak erin ni org. kedah bila dah kawin ngan org. penang tengok macam2 yang diaorang masak....sedap jugaklah lauk-pauk kat sini ...nanti dtg. kak erin jamu ye....insya'llah.
Post a Comment