Sunday, April 14, 2013

KEMBALI....

Akhirnya setelah bertahun tahun....manusia yg sorang nie muncul semula.Semuanya salah dia lah....asyik rosak...selalu rosak...lama-lama lingkup terus.Tapi itu tidak mematahkan semangat utk selalu menjenguk dan menjengah rumah kawan kawan....walaupun tanpa diundang dan dijemput masuk. Insya'allah akan cuba menulis sepatah dua walaupun belum tentu ada yg suka.

Saturday, August 20, 2011

apa?
bila dah malas apa ubatnya?

Wednesday, December 2, 2009

Sanggup tu...

time hujan-hujan ni ......lapaq sungguh. redah hujan.....pi gurney drive.....beli pasembur.

Tuesday, December 1, 2009

CINTA HATI


agak-agak yang mana satu abang mamak kita????
- tak lah hensem......sangat...
-tak jugak kaya-raya...
-tak lah rajin sangat tolong bini dia....
- merajuk....boleh tahan jugak

TAPI......dia lah cinta hati saya........( sayang.....ingat tak masa kita bercinta dalam freezer dulu......romantiknya)
dulu sama-sama keja kat dapur hotel........jadi kami bercinta dalam freezer je....bila time kami nak simpan barang-barang.

JADUAL KERJA

Apa yang patut dan kalau bolehlah ........( macamlah rajin sangat)

1. pi lah lipat kain ka erin ooi........kain baju dah jadi sekatil sebab tak berlipat.
orang lain takat sebakui saja......tapi rumah aku dah jadi sekatil......percaya dak??

2. pi TESCO......tempat ni paling kak erin suka........hari-hari pi pun tak pa ( aiskrim potong yg. brand TESCO sedap tau)

3. kemas keliling rumah yang dah jadi hutan simpan negeri pulau pinang ( sikit hari lagi boleh bukak utuk lawatan )
SAPA LAH YANG KATA DOK KAT RUMAH REHAT SAJA.......sat gi kalau laki balik makan tengahari....kena layan makan.....kalau tak siap lah merajuk mamak aku sorang tu....

Sunday, November 29, 2009

SAJIAN AIDILADHA

senang buat nasi arab nie....tak payah nak makan dgn. kurma ka...dalca ka...
cukuplah sekadar makan dengan sos hijau nie dan jugak potongan tomato/timun.
bila tengok dlm. blog Raidah....rasa nak cuba buat....tapi was-was jugak bila tengok Raidah smoked nasi tu. sedap ....memang sedap la raidah...terimakasih kongsi resepi nasi.
lagipun kat penang ni dah ada kedai juai grocery arab- EL-MEDINA. siap pak arab yg jadi tokeh kedai tu! best....memang best macam2 yg. pak arab nie juai dalam kedai dia. ada jugak juai rempah2 utk. buat nasi-nasi Arab nie.

NASI MANDHI

dah berjaya la nak cuba buat Nasi Mandhi. senang tak payah nak guna susu cair....cuma tumis hirisan bawang saja.

Saturday, November 28, 2009

Assalamualaikum....Selamat Hariraya Aidiladha,
rasa seronok pulak kali sambut raya korban walaupun time ni dua2 kak ipaq la ni tengah ada kat Mekah. sedih jugak sebab selalunya depa ada utk. sambut raya sama-sama!
kalau ada yang lalu-lalang kat sini....ataupun yang dok intai-intai kat tingkap tu....agak2 masak apa raya korban kali ni.baru tak sat dapat rezeki daging sebungkuih.nanti kita kumpui byk2. dulu.....bolehlah buat bihun sup ka....mee kuah ka....
kalau nak ikut harga daging ni mahai jugak noo! memang patut sangatlah kalau kita ada rezeki lebih,bawak keluaq duit yang kita simpan sikit2 tu...kita buat korban...dapat jugaklah yg. fakir miskin ni rasa daging korban.
tapi berkorban ni bukan setakat sembelih haiwan sajakan?.....kalau berkorban rasa...jiwa dan perasaan tu ...boleh masuk dalam kategori berkorban jugak ka?

Monday, November 9, 2009

Patut kah?????

dah masuk maghrib...tapi teringin nak tulis sikit sebab dah lama tak de cerita baru dalam blog ni.lepas dah 14 tahun tak bekerja ni, konon-kononnya pasanglah angan2 nak bekerja semula.tapi kalau boleh nak buat kerja part-time saja,maka cuba-cubalah mintak kerja dengan satu farmasi ni!farmasi ni kalau sebut nama, semua orang kenal!
bila dah temuduga...dapatlah kerja tu.time kerja cuma dari 5ptg-11 malam.
bila dah masuk senja ni memanglah dah tanam azam...tak mau lagi tinggal solat walaupun satu waktu.sekarang ni letih dan tak larat macam mana pun tetap akan sembahyang walaupun kekadang tu terpaksa duduk utk. solat.
tiba2 bila first day kerja tu dan waktu pun dah masuk maghrib...kita pun nak pi solat lah...store manager yg h@#@@..lak@## tu tak bagi sembahyang.pastu tu bagi macam2 alasan yang halang kita ni utk. sembahyang.bila tanya bebudak melayu kat situ semuanya tak sembahyang...semua cakap 'akak,kita semua ni balik sembahyang di rumah saja'.
hissh...pelik dan kurang ajaq sungguh kr@#### laknat ni!
memanglah kita ni nak ni nak cari duit lebih tapi kalau bab2 sembahyang ni ditegah...mendidih darah akak!!!
keparat ni tak sedaq ka agama rasmi kat M'sia ni agama Islam...berani dia nak tegah!!!
patutkah benda ni akak report je kat pejabat buruh??
atau akak terus je sembelih leher hitam dia tu??

Tuesday, May 12, 2009


yang ni sesi tengok hadiah. anak hadiahkan buku masakan. memang itu pun yang akak nak.
tapi yang rancangnya anak perempuan tu lah. dia tahu apa yang ibu dia nak.
akak memang suka kalau dapat buku ataupun pisau ke sebagai hadiah.....rasa bernilai sangat-sangat.


Makan nasi daun pisang dengan Mizan....yang lain-lain makan nasi beriani.Ada pesan beriani kambing lah...beriani ayam lah.Okaylah makan kat sini....sedap dan halal.Tapi nak berkomunikasi tu yang payah sikit.Waiter-waiter kat situ tak berapa understand Melayu....tapi ada jugak yang boleh speaking london.
Kebetulan perut masing-masing belum lagi diisi.....apalagi habih licin kami semua makan.


Mizan belanja makan dekat Ananda Bahwan hari Ahad baru ni. Belanja sekali untuk ibu dan makcik dia.....kita tumpang sekaki.


Monday, May 11, 2009

Kecewa


Baru ni beria la cheq masak yang sempoi2 sebab abang mamak cheq cuti. Tapi hampa sebab depa semua pi jenjalan kat Queensbay mall....malam baru balik.
Tanpa tunggu-tunggu lagi kita pun makanlah sorang-sorang. Lepas makan terus pi sembang dengan kawan cheq yang setia......'cik bantal'. Letih ooi lepas berhempas pulas kat dapoq....masak beria....last-last kita yang makan sorang-sorang.
Teringin nak makan kerabu mempelam versi utara. Orang utara ni kalau buat kerabu je tak sahlah kalau tak letak kerisik ngan santan. Tapi suka jugak dengan kerabu siam yang simple tu.
Walaupun sekarang ni tengah menyibukkan diri uruskan kenduri kawin anak sedara.....tapi masak tetap masak jugak dik.
Rumah ni mana lah cukup kalau beli lauk kedai!
Kalau ada geng-geng yang kena makan sorang-sorang waktu tengahari tu.....bukak-bukaklah Skype tu.....kot-kot boleh join makan sesama waktu tengahari!!

Sunday, May 10, 2009

Happy mothers day ibu


Happy Mother's Day
Grab a Funny Picture from pYzam.com


Kacang Botol


Baru ni abang mamak kita teringin nak makan kacang botol goreng.
1 ikat harga dlm. RM1....mahal jugak sebab sikit sangat!
Dulu banyak tanam kacang botol ni kat belakang rumah......sampai tak larat nak makan....jiran-jiran pun boleh makan sekali. Tapi sekarang ni dah kena beli pulak.
Kacang botol tu cuma goreng dengan saki baki sambal ikan belah belakang. Cuma tumis dengan bwg. putih dan bawang besar.....dan siap untuk dimakan.
'SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU' BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGERS .walaupun tak larat nak layan kerenah anak-anak, insya'llah kita ni ibu yang baik-baik kan?

Wednesday, May 6, 2009

Tiga Sekawan

Bila time hujan je....semua lapar. Anak sedara +anak2 tengah sedap makan keropok lekor....imported from t'gganu kite.
Cik Batrisyia tu...asyik lapar je , semua dia nak makan.
Ibu dia dah lah tengah malas.....hujan2 ni rasa nak tidur je!

Projek Mingguan

Cukup suka kalau dapat menyicah. Kalau ada buah jambu ka....mempelam ka....best tau! Kuah rojak tu pulak belajar ngan mak.Satu balang kuah buat stok dalam peti ais.
Kat rumah ni dah ada geng buat meneman menyicah.
Si Addary cukup suka makan jambu....sengkuang dengan kuah rojak.

Monday, April 27, 2009

Gatal tangan

Saja gatal-gatal tangan snap gambar lama ni semula. Masa ni anak baru 2 orang. Anak yang sulung baru umur 6 tahun- sekarang ni dah 14 tahun. yang kecik tu baru umur 3tahun- sekarang ni dah nak masuk 11 tahun.
Kalau umur panjang lagi 20 tahun boleh ambil gambar dengan cucu-cucu pulak kot!