Wednesday, December 2, 2009

Sanggup tu...

time hujan-hujan ni ......lapaq sungguh. redah hujan.....pi gurney drive.....beli pasembur.

Tuesday, December 1, 2009

CINTA HATI


agak-agak yang mana satu abang mamak kita????
- tak lah hensem......sangat...
-tak jugak kaya-raya...
-tak lah rajin sangat tolong bini dia....
- merajuk....boleh tahan jugak

TAPI......dia lah cinta hati saya........( sayang.....ingat tak masa kita bercinta dalam freezer dulu......romantiknya)
dulu sama-sama keja kat dapur hotel........jadi kami bercinta dalam freezer je....bila time kami nak simpan barang-barang.

JADUAL KERJA

Apa yang patut dan kalau bolehlah ........( macamlah rajin sangat)

1. pi lah lipat kain ka erin ooi........kain baju dah jadi sekatil sebab tak berlipat.
orang lain takat sebakui saja......tapi rumah aku dah jadi sekatil......percaya dak??

2. pi TESCO......tempat ni paling kak erin suka........hari-hari pi pun tak pa ( aiskrim potong yg. brand TESCO sedap tau)

3. kemas keliling rumah yang dah jadi hutan simpan negeri pulau pinang ( sikit hari lagi boleh bukak utuk lawatan )
SAPA LAH YANG KATA DOK KAT RUMAH REHAT SAJA.......sat gi kalau laki balik makan tengahari....kena layan makan.....kalau tak siap lah merajuk mamak aku sorang tu....

Sunday, November 29, 2009

SAJIAN AIDILADHA

senang buat nasi arab nie....tak payah nak makan dgn. kurma ka...dalca ka...
cukuplah sekadar makan dengan sos hijau nie dan jugak potongan tomato/timun.
bila tengok dlm. blog Raidah....rasa nak cuba buat....tapi was-was jugak bila tengok Raidah smoked nasi tu. sedap ....memang sedap la raidah...terimakasih kongsi resepi nasi.
lagipun kat penang ni dah ada kedai juai grocery arab- EL-MEDINA. siap pak arab yg jadi tokeh kedai tu! best....memang best macam2 yg. pak arab nie juai dalam kedai dia. ada jugak juai rempah2 utk. buat nasi-nasi Arab nie.

NASI MANDHI

dah berjaya la nak cuba buat Nasi Mandhi. senang tak payah nak guna susu cair....cuma tumis hirisan bawang saja.

Saturday, November 28, 2009

Assalamualaikum....Selamat Hariraya Aidiladha,
rasa seronok pulak kali sambut raya korban walaupun time ni dua2 kak ipaq la ni tengah ada kat Mekah. sedih jugak sebab selalunya depa ada utk. sambut raya sama-sama!
kalau ada yang lalu-lalang kat sini....ataupun yang dok intai-intai kat tingkap tu....agak2 masak apa raya korban kali ni.baru tak sat dapat rezeki daging sebungkuih.nanti kita kumpui byk2. dulu.....bolehlah buat bihun sup ka....mee kuah ka....
kalau nak ikut harga daging ni mahai jugak noo! memang patut sangatlah kalau kita ada rezeki lebih,bawak keluaq duit yang kita simpan sikit2 tu...kita buat korban...dapat jugaklah yg. fakir miskin ni rasa daging korban.
tapi berkorban ni bukan setakat sembelih haiwan sajakan?.....kalau berkorban rasa...jiwa dan perasaan tu ...boleh masuk dalam kategori berkorban jugak ka?

Monday, November 9, 2009

Patut kah?????

dah masuk maghrib...tapi teringin nak tulis sikit sebab dah lama tak de cerita baru dalam blog ni.lepas dah 14 tahun tak bekerja ni, konon-kononnya pasanglah angan2 nak bekerja semula.tapi kalau boleh nak buat kerja part-time saja,maka cuba-cubalah mintak kerja dengan satu farmasi ni!farmasi ni kalau sebut nama, semua orang kenal!
bila dah temuduga...dapatlah kerja tu.time kerja cuma dari 5ptg-11 malam.
bila dah masuk senja ni memanglah dah tanam azam...tak mau lagi tinggal solat walaupun satu waktu.sekarang ni letih dan tak larat macam mana pun tetap akan sembahyang walaupun kekadang tu terpaksa duduk utk. solat.
tiba2 bila first day kerja tu dan waktu pun dah masuk maghrib...kita pun nak pi solat lah...store manager yg h@#@@..lak@## tu tak bagi sembahyang.pastu tu bagi macam2 alasan yang halang kita ni utk. sembahyang.bila tanya bebudak melayu kat situ semuanya tak sembahyang...semua cakap 'akak,kita semua ni balik sembahyang di rumah saja'.
hissh...pelik dan kurang ajaq sungguh kr@#### laknat ni!
memanglah kita ni nak ni nak cari duit lebih tapi kalau bab2 sembahyang ni ditegah...mendidih darah akak!!!
keparat ni tak sedaq ka agama rasmi kat M'sia ni agama Islam...berani dia nak tegah!!!
patutkah benda ni akak report je kat pejabat buruh??
atau akak terus je sembelih leher hitam dia tu??

Tuesday, May 12, 2009


yang ni sesi tengok hadiah. anak hadiahkan buku masakan. memang itu pun yang akak nak.
tapi yang rancangnya anak perempuan tu lah. dia tahu apa yang ibu dia nak.
akak memang suka kalau dapat buku ataupun pisau ke sebagai hadiah.....rasa bernilai sangat-sangat.


Makan nasi daun pisang dengan Mizan....yang lain-lain makan nasi beriani.Ada pesan beriani kambing lah...beriani ayam lah.Okaylah makan kat sini....sedap dan halal.Tapi nak berkomunikasi tu yang payah sikit.Waiter-waiter kat situ tak berapa understand Melayu....tapi ada jugak yang boleh speaking london.
Kebetulan perut masing-masing belum lagi diisi.....apalagi habih licin kami semua makan.


Mizan belanja makan dekat Ananda Bahwan hari Ahad baru ni. Belanja sekali untuk ibu dan makcik dia.....kita tumpang sekaki.


Monday, May 11, 2009

Kecewa


Baru ni beria la cheq masak yang sempoi2 sebab abang mamak cheq cuti. Tapi hampa sebab depa semua pi jenjalan kat Queensbay mall....malam baru balik.
Tanpa tunggu-tunggu lagi kita pun makanlah sorang-sorang. Lepas makan terus pi sembang dengan kawan cheq yang setia......'cik bantal'. Letih ooi lepas berhempas pulas kat dapoq....masak beria....last-last kita yang makan sorang-sorang.
Teringin nak makan kerabu mempelam versi utara. Orang utara ni kalau buat kerabu je tak sahlah kalau tak letak kerisik ngan santan. Tapi suka jugak dengan kerabu siam yang simple tu.
Walaupun sekarang ni tengah menyibukkan diri uruskan kenduri kawin anak sedara.....tapi masak tetap masak jugak dik.
Rumah ni mana lah cukup kalau beli lauk kedai!
Kalau ada geng-geng yang kena makan sorang-sorang waktu tengahari tu.....bukak-bukaklah Skype tu.....kot-kot boleh join makan sesama waktu tengahari!!

Sunday, May 10, 2009

Happy mothers day ibu


Happy Mother's Day
Grab a Funny Picture from pYzam.com


Kacang Botol


Baru ni abang mamak kita teringin nak makan kacang botol goreng.
1 ikat harga dlm. RM1....mahal jugak sebab sikit sangat!
Dulu banyak tanam kacang botol ni kat belakang rumah......sampai tak larat nak makan....jiran-jiran pun boleh makan sekali. Tapi sekarang ni dah kena beli pulak.
Kacang botol tu cuma goreng dengan saki baki sambal ikan belah belakang. Cuma tumis dengan bwg. putih dan bawang besar.....dan siap untuk dimakan.
'SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU' BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGERS .walaupun tak larat nak layan kerenah anak-anak, insya'llah kita ni ibu yang baik-baik kan?

Wednesday, May 6, 2009

Tiga Sekawan

Bila time hujan je....semua lapar. Anak sedara +anak2 tengah sedap makan keropok lekor....imported from t'gganu kite.
Cik Batrisyia tu...asyik lapar je , semua dia nak makan.
Ibu dia dah lah tengah malas.....hujan2 ni rasa nak tidur je!

Projek Mingguan

Cukup suka kalau dapat menyicah. Kalau ada buah jambu ka....mempelam ka....best tau! Kuah rojak tu pulak belajar ngan mak.Satu balang kuah buat stok dalam peti ais.
Kat rumah ni dah ada geng buat meneman menyicah.
Si Addary cukup suka makan jambu....sengkuang dengan kuah rojak.

Monday, April 27, 2009

Gatal tangan

Saja gatal-gatal tangan snap gambar lama ni semula. Masa ni anak baru 2 orang. Anak yang sulung baru umur 6 tahun- sekarang ni dah 14 tahun. yang kecik tu baru umur 3tahun- sekarang ni dah nak masuk 11 tahun.
Kalau umur panjang lagi 20 tahun boleh ambil gambar dengan cucu-cucu pulak kot!

Tuesday, April 21, 2009

TAG DARI NOORMA

Sori ya Noorma sebab baru sekarang boleh nak jawab tag ni. K.Erin cuba jawablah apa yang patut okay!

5 things in my bag:

Sejak anak yang bongsu tu dah nak masuk 4 tahun, akak dah jarang bawak bag/ handbag.Tapi dulu kalau bawak bag/handbag mesti ada:-
1. Pampers- benda ni memang wajib bawak, kalau tidak dengan kita-kita basah.
2. Baju anak- kalau muntah ke senang nak salin
3. Minyak Cap kapak

5 things in my wallet:

1. Duit- walaupun tak banyak
2. i/c - dulu dah pernah kena tahan ngan polis pasal tak bawak i/c, jadi wajib bawaklah
3. Lesen kereta- sebab hari2 on the road

5 favourite things in my bedroom:
1. mestilah bantal dik- tapi cukup sebiji je sebab tak reti nak tidur dengan bantal yang byk.
2. buku resepi- suka baca sebelum tidur

5 things i wish to do:
1. nak langsaikan hutang-hutang yang masih ada takut mati tak sempat nak bayar!
2. nak tunaikan haji dengan suami
3. nak buat melancung kat Eropah- kalau dapat mesti best....bilalah tu!!!
4.kalau boleh nak jaga mak/ayah
5. nak cuba semua resepi-resepi yang ada dalam buku!

5 thing i'm doing now:
1. pikir apa nak masak esok
2.nak mandikan anak
3. tunggu anak yg sulung belum balik dari sekolah- sekarang dah pukul 7.00mlm
4.update blog
5.kejap lagi nak sembanhyang maghrib


sorilah Noorma walapun ada yang tak cukup 5 jawapan yang k.erin bagi tu!!!

Thursday, March 19, 2009

PERIA A'LA TEMPURA

ada lebih tepung sagu sikit lepas tu campur dengan tepung beras sikit, letak kaler sikit + garam = jadilah peria celup tepung. okay jugaklah....tak berapa nak sedap sangatlah kak erin oooi.
anak-anak memanglah tak akan makan punya.... ( hantaq pi dok Palestin baru depa tau )
bila lah nak habih merapu ni kak erin ooi! masak hari-hari main hentam saja! time buat kek saja akak tak hentam resepi....

IKAN MASAK ITEK

pasai apa ikan cheq ni kaler lagu ni!!!tak reti goreng ikan apa!
bukan rentung punya species tapi cheq ambik resepi ni dari kawan satu negeri dengan cheq!! nama resepi ni 'ikan masak itek'.....glamer sungguh itek ni!!
boleh tahan sedap jugaklah.
hari-hari goreng ikan asyik letak kunyit ja.....tengok ikan pun naik cemuih....
kiranya yang ni satu kelainan jugaklah. gunalah ikan apa pun tak pa!!

Friday, February 27, 2009

SUP TAUHU MERAPU

banyaknya tauhu dalam fridge.....nak buat apa nih. nak bagi tamat riwayat tauhu ni k. erin buatlah sup. mesin tahu sampai halus , lepas tu masuk sikit tpg. gandum. kepalkan kemudian goreng bagi garing.
buatlah sup macam biasa tapi masukkan bebola tauhu. secara fizikalnya tak nampaklah rupa tahu dalam gambar ni.......tapi kira bolehlah sebab anak2 + anak sedara cakap sedap.....' ibu sedap sup ni'.....' maksu sedaplah sup ni'.
depa tak tau yang ni versi merapusss punya sup.....

RASAM LALITHA


boleh buat rasam ni sejak berkawan baik ngan lalitha. aci tu memang pandai masak....jadi dia ajar macam mana nak buat rempah rasam ni. kalau mami-mami penang ni.....depa nanti goreng ikan talang kering dan masukkan dalam kuah rasam ni dan pecahkan telur sekali dalam kuah ni. tapi k. erin suka rasam kosong saja. tapi awat abang mamak kita tak berapa suka ngan rasam ni.... bini dia buat kira sedap jugak, tak kena dengan tekak kot.....

ni resepi rempah rasam :-

1 senduk jintan putih ( ikut masing2 punya senduk lah )
1/2 senduk jintan manis
1/2 senduk lada hitam
basuh semua rempah2 kat atas kemudian goreng tanpa minyak. bila dah sejuk mesin sampai halus dan simpan dalam botol.

cara nak buat kuah rasam pulak...

2 biji bwg. besar
4 ulas bwg. putih
2 biji tomato
1 ikat kecil daun pudina
2 sudu kecil serbuk kunyit
air asam jawa ( ikutlah
nak masam byk. mana )
minyak utk. tumis
garam dan sikit gula

tumis bwg. besar & bwg. putih....bila dah garing sikit masukkan air asam jawa dan sikit air biasa.
potong tomato dan masukkan dlm. kuah rasam, masukkan jugak serbuk kunyit dan daun pudina.jangan lupa masukkan jugak rempah rasam dalam 3 camca besar. last sekali rasakan dengan garam &gula.
gunalah rempah rasam tu sikit dulu, kalau nak lebih letaklah tapi jgn. banyak sgt.

PUDING KARAMEL TANPA TELUR


ni lah hasilnya bila pi jenguk2 kat dalam peti rahsia rumah jun.
jun kata dia dah jatuh cinta dengan puding ni....dan bila sendiri pulak buat last-last kita pun jatuh cinta jugak sebab tak pakai telur dan nak buat pun tak payah nak susah-susah sangat macam cream caramel yang selalu dok buat...
kat rumah ni semuanya kuat makan telur.....hissh ' ni mesti bela hantu raya'.orang kata sapa yang bela hantu raya kena ada stok telur.....
jangan dik......akak ni cepat meremang bulu roma, cerita2 seram kat tv tu lagi lah tak tengok. macam manalah nak bela hantu......bela anak sendiri pun belum pas-pas lagi.....
jun.......saya ambik resepi awak.....terimakasih

ni bahan-bahan dia:-

A- 2 senduk gula

B- 1 bungkus serbuk agar2
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
( didihkan bahan B )

C- 1 tin susu cair 400gm
2 camca besar tepung kastard
1 camca besar vanila ess.
( kacau semua bahan ni )

hanguskan bahan A....jgn. bagi hangit sudah nanti pahit kemudian masuk air sikit. ketepikan dulu...
didihkan bahan B kemudian masuk bahan C.....kemudian tuang adunan ni dalam gula yang dah dibuat karamel tadi. last sekali sejukkan dalam peti ais.






Tuesday, February 3, 2009


Saja kak erin buat pancake untuk anak-anak bekalkan ke sekolah. Sebenaqnya tak lah berapa suka sangat makan pancake ni tapi disebabkan ada lebih kenalah makan jugak. Kalau nak makan dengan jem ataupun honey dah biasakan......
Tengok ada banyak lagi suji/ semolina yang beli hari tu, terasa pulak nak makan kuah suji.
Dulu dah biasa makan roti jala dengan kuah kari daging saja tapi bila dah mai dok Penang ni, kak erin tengok orang2 kat sini suka makan kuah suji dengan roti jala ataupun dengan roti benggali.Cuba jugaklah belajaq sebab abang mamak kita suka makan.

KUAH SUJI

2 cawan suji
1 cawan santan/ susu
2 cawan air
gula ikut manis
sedikit garam & daun pandan yg. disimpulkan

Cara nak buat:-

Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masak dengan api sederhana sebab takut suji ni hangit.
Biar mendidih dan pekat sedikit, kalau pekat sangat tambahkan air sikit lagi.

Kuah ni kalau makan saja pun sedap jugak....





Tuesday, January 20, 2009

Ni lauk untuk tengahari kelmarin .Kuah parpu telur. Ringkas dan senang sangat nak dimasak. Bahan asasnya cuma kentang, kacang dal dan telur.


Siapalah yang tak suka laksa kan? Majoritinya memang gemar makan laksa !
Dulu masa tinggal di berek polis Jalan Kolam Air, memang ramai yang menjual laksa. Dulu partner makan laksa ni.....mak saudara kak erin lah.Sampai ada yang mai menjual laksa dalam berek polis tu. Bila dengaq hon motor pakcik laksa tu mai......mulalah lari kelam kabut nak pi beli laksa.
Dulu harga semangkuk laksa cuma 0.50 sen saja, pulak tu penuh mangkuk.Memang laku pakcik tu menjual laksa, sampaikan ada orang kata yang laksa pakcik tu guna ikan belut.Boleh ka laksa guna belut? Hish...memang ambik masa lah jawabnya. Yalah mana nak cari belut lagikan?
Kalau dekat Alor Setar tu ( kawasan Kuala kedah ) memang famous dengan laksa Teluk Kechai. Laksa tu dihidang dengan sambal kelapa. Sedap memang sedap tapi kalau yang hantu laksa tu siaplah kena makan dua pinggan......barulah kenyang.
Kalau laksa asam penang pulak.......apa yang kak erin tau dan belajar, resepinya kena mesin nenas kemudian kita campurkan nenas tadi dalam kuah laksa.Laksa asam kat penang pulak, banyak yang guna air asam jawa sebab kalau guna asam keping memang tak masam sangat.Satu lagi secret receipe.....kat sini kalau buat laksa kalau boleh guna ikan sardinlah ataupun orang tempatan kat sini panggil ikan ' curut '. Ikan ni memang lemaklah rasanya dan sesuai buat kuah laksa.



Saturday, January 17, 2009



Hari ni kak erin nak buat laksa asam Pulau Pinang. Ada kawan nak datang ziarah.
Gambar nanti akak letakkan.



Friday, January 16, 2009


Anak ibu dah jadi pirate. Susahnya nak layan yang bongsu sorang ni.Kalau dia happy....cakap sampai tak tau nak stop, kalau naik angin pulak ......satu rumah boleh terbakaq.



Cuba buat English Muffin. Resepi kak erin ambik dari Zaliana.
Senang sebab tak payah 'bake'. Cuma masak atas pan saja.


Thursday, January 8, 2009


Rasanya ramai yang tak tau apa nama ulam kat atas ni kan?Sejak dok Penang ni barulah kenal dan tengok ulam ni.
Nama ulam ni PERIA PANTAI- pelik kan nama dia? Tapi ulam ni banyak gunanya. Siapa2 yang tak dak selera makan.....maka makanlah ulam ni untuk bukak selera.Benda yang bukak2 selera ni memang bahaya.
Selalu kak erin rebus sekejap daun ni dan cicah dengan sambal belacan.
Sedap.....pasal daun ni rasa lemak2.





Untuk tengahari ni ,kak erin masak gulai ikan kering saja.Tapi sambal belacan tak sempat nak buat.....malaih.


Cucur udang untuk makan pagi tadi. Makan dengan baki kuah kacang. Kak erin guna udang geragau.

Hari tu kak erin suruh teka apa nama ulam ni kan? Kalau kat penang ni orang panggil daun beluntas ( bukan beluncas ). Ulam ni makan dengan sambal nyior atau pun sambal kelapa.
Sambal nyior ni boleh makan dengan apa-apa ulam pun.Kalau pi kedai nasi kandaq...mesti ada sambal ni.

Ni lah resepi sambal kelapa , ikut stail kak erin:-

kelapa parut putih - 300 gm
halia - sikit saja
bawang besar - 2 labu
air asam jawa - ikut suka nak masam macam mana ( tapi kak erin letak lebih sikit )
sikit gula ngan garam
Last sekali mesinlah semua bahan-bahan kat atas tu, jangan letak air.....cuma mesin dengan air asam tu saja.

Sunday, January 4, 2009




Esok anak-anak dah mula sekolah. Sebulan lebih cuti sekolah rasa macam sekejap saja!
Hari tu buat choc. truffle ( gambar yg. last sekali ). Resepi ambik dari blog Cik Serai Wangi. Resepinya guna lebihan kek saja. Sedap, tak payah tambah gula. Kemudian masa tengah berlapar dengan anak-anak dan tak tau nak buat apa.....maka cubalah buat kuih pau ni. Resepi dah tak ingat ambik dari mana tapi senang buat sebab tak payah nak uli lama-lama.

Rasanya ramai dah tengok jagung cameron ni, mahal tapi sedap.



Friday, January 2, 2009



Kesian sungguh dekat ikan-ikan ni pasal kena buat kerja gigit kaki manusia!
Tapi lepas buat fish terapi ni memang rasa nyaman nya kaki.




Boleh teka tak .....gambar yang pertama sekali tu ulam apa? dan gambar yang second tu ulam apa?
Siapa yang teka betul, kak erin nak bagi hadiah.