Saturday, December 27, 2008


Hari ni sebelum nak pi jengah rumah kawan2 ( sebab nak baca apa yang depa tulis hari ni....apa yang diaorang masak.....) kak erin ingat nak buat karangan lah sikit.Tak aci asyik blog orang saja.....tapi kita ni tak dak apa nak cerita!
Sepanjang cuti sekolah ni, bawak lah jugak anak2 pi jalan-jalan makan angin.Makan angin kat kampung, lepas tu pi jalan-jalan kat cameron highland, bawak anak2 mandi kat taman rimba- Teluk Bahang.....dan last sekali apalagi bawak anak2 pi makan kenduri lah. Ni.....kak erin nak habaq kalau pi makan kenduri kat sebelah utara nih....rasa-rasanya lauk kenduri yang paling best sekali rasanya kat dalam Penang lah kot yang paling sedap kak erin rasa.
Nasi Hujan panas sedap....nasi beriani sedap, lauk kurma pun sedap....ayam masak merah sedap dan yang paling-paling sedap sekali......dalca Pulau Pinang.
Kalau adalah kawan-kawan yang nak singgah mai rumah kak erin nanti, nak jugak lah kak erin pi order 2-3 talam, nak bagi rasa betapa sedapnya lauk-lauk tu !!!.
Insya'llah kalaulah tahun depan ni anak sedara jadi kawin, kak erin nanti hantaq kad jemputan kat semua kawan2 blog kak erin. Pssst....ni nak habaq....kawan-kawan dalam blog nih lagi ramai daripada kawan2 kat luar.
Kita tutup cerita sat pasai lauk2 kenduri ni.....bukan apa kalau bau saja pun dah tambah berat 2-3 kilo.Berat badan ni kalau naik seriau.....turun tak pa !

Bila pi jalan-jalan naik Cameron Highland pulak, kepala ni berpusing sampai tak nampak dunia. Nasib baik tak bawak kereta.......Mizan anak sedara kak erin yang drive.Nak pi seronok punya pasai tapi kalau dah pening.....alahai tak bestnya.Sayur nih kalau dah angkut sampai tak muat kereta........macam nak masak sungguh-sungguh.Tapi yang best sekali makan jagung manis Cameron lah, tak payah rebus.....boleh terus makan mentah.....memang manis !

Masa hujung bulan November hari tu masa kak erin balik kg....memang kak erin dah rasa tak sedap badan dan apalagi terus demam. Kita sorang demam tak pa.....nih dah berjangkit pada anak kak erin yang bongsu tu. Bila check badan ya allah panas berapi jadi kak erin terus bawak pi hosp. swasta yang dekat sekali dengan rumah mak. Sebelah pagi tu dah kena charge RM 70.00.....ingatkan dah okaylah....tapi sebelah malam pulak demam lagi panas....pegi balik kat hospital swasta tu......kemudian doktor kat situ cakap kena masuk wad. Kak erin bagi tau doktor tu .....kalau kena masuk wad ,kak erin nak pi hospital kerajaan saja. Bila kak erin bagi tau yang kak erin nak pi hospital kerajaan, terus doktor tu tak mau layan........punyalah sakit hati tuhan saja yang tau. Biasalah bila pi hospital kerajaan.....lambatlah sikit. Anak kak erin kena masuk wad masa tu dah pukul 1.00 pagi.Seronok jugak tengok Hospital Sultanah Bahiyah .......cantik macam ala-ala hotel tapi memang selesa lah.

Tu sajalah cuti-cuti malaysia kali ni.....tahun depan kalau dapat pi tempat yang jauh sikit best jugak...
Last sekali kak erin nak ucapkan Selamat Tahun Baru untuk kawan-kawan kak erin yang jauh dan dekat. Terimakasih sebab sudi jadi kawan kak erin dan selalu jugak hantar komen-komen......kak erin cukup hargai.

Saturday, November 22, 2008

AWARD DARI SUZI



Terimakasih Suzi atas award ni......apa pulak kak erin nak bagi untuk Suzi?

Tuesday, November 18, 2008

TAG DARI SUZI- WORK STATION



rules:
  • snap work station anda
  • then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
  • iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
  • tengok contoh yang dibuat nih...
  • begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
  • sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
  • kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
  • tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..
So kat sini lah tempat permainan hari-hari.



WORK STATION

# LIYANNUAR # AZZA # SUZI # AKAKERIN

Kena tag 7 orang geng 'MAMAK'
Geng kak erin pulak cukup-cukup 7 orang.....yang lain pun geng jugak tapi malu nak suruh.
Jadi kalau boleh buatlah okay!

# AYONGDEDEK @ DELL, PENANG
# JUN
# CIK WAN @ TAIPEI
# YUS ( JANSSEN) @ BELGIUM
# ZANIE @ JOHOR
# ZALIANA
# NURULAIN @ IRELAND

Panjang-panjangkan lah tag ni okay!!!



Saturday, November 15, 2008

CUTI


Cuti sekolah dah mula nih. Kak erin tengah fikir apa nak buat dengan anak2 sepanjang cuti sekolah ni.Kena ada aktiviti jugak nih nanti anak2 boring dan yang paling takut sekali nanti depa 'berperang' sesama sendiri.

Ingat nak ajak anak2 naik train balik kampung kat Alor Setar. Depa tak pernah naik train lagi. Ya lah asyik2 naik kereta ja balik kg. Sejak depa dah besar ni, belum merasa lagi naik train. Tapi kak erin pulak yang takut........takut terbabas pi ke Bangkok pulak nanti........



Sunday, November 9, 2008

PANCAKE

Justify Full

Pagi- pagi cubalah buat pancake.Resepi ambik dari blog Maisya.Gambar memang tak cantik tapi ada rasa dan pancake tu jadik! Suami kak erin tanya........erin beli yang dah siap ka?Kak erin bagitau lah yang kak erin cuma guna tepung gandum saja. He...he..he .....dia tak percaya!





Saturday, November 8, 2008

KOAY TEOW SUP


Sama ada bihun sup atau mee sup ataupun koay teow sup.........menu ni memang wajib buat selalu. Selalu kak erin buat untuk makan malam. Kalau rajin buat yang paling sempoi punya.....tapi kalau malaih sikit je bahan-bahannya.

Apa pun jamu mata sajalah...tak payah tulis resepi sebab resepi biasa-biasa je!




Semalam genap 15 thn. usia perkahwinan kak erin. Sat saja rasanya masa tu berjalan! Last sekali ingat umur ni baru saja 24thn. First time lahirkan QHAIRRUL IRFAN. Hari ni bila ingat balik rupa-rupanya dah 37thn. Dah tua lah......lagi 3 tahun angka 4 pulak dok intai!

Bila tengok anak-anak makin membesar......dok tanya dekat diri sendiri......dah cukupkah didik anak-anak selama ni? Bab-bab sembahyang ni cukup susah anak-anak nak buat. Irfan ni kalau hari Jumaat saja mulalah kena berperang dengan dia......pasai apa? pasai dia ni buat lambat-lambat nak pi masjid.Jadi mulalah bising dan riuh-rendah satu rumah.

Ya Allah susahnya nak didik anak-anak rupanya...........kena sabaq banyak2.Mudah-mudahan bila dah besaq jadi orang yang baik2 dan kuat iman! Tak maulah letak harapan tinggi2 kat anak-anak tapi biarlah hidup depa nanti sempurna macam orang lain jugak.

Ni cuti sekolah dah tak lama lagi............pening kepala ibu!!!!!!


Friday, November 7, 2008

KEK

Resepi ni ambik dari blog lemongrass. Disebabkan asyik bukak tutup oven.....maka kek tersebut tenggelamlah sikit kat tengah-tengah.




Aktiviti sepanjang minggu lepas- cuba2 buat kek. Ambik resepi kek ni dari blog Maisya ,gebu dan lembut.Nantilah nak cuba buat sekali lagi!




Hari ni saja-saja nak tunjuk simpanan pisau-pisau yang kak erin kumpul selama ni.Bukanlah simpan sebenarnya.......banyak yang dah diguna hari-hari.Ada antaranya yang kak erin beli dan ada jugak yang anak2 sedara hadiahkan.Salah satu dari pisau2 tu.....Mizan- anak sedara kak erin yang belikan masa dia pi Germany.Macam pisau kecik yang warna putih tu sebenarnya dibuat dari seramik......sayang pulak nak guna! Hajat hati naklah jugak beli pisau yang dalam case macam beg James Bond tu......tapi sampai RM 2,400 untuk satu set. Memanglah tak mampu lagi.Tapi memang ralit tengok pisau-pisau ni.......ada peluang dan cukup duit memang kak erin akan beli.Kalau tengok batu asah pisau kak erin.....kontot saja pasai dah terpatah dua.....tapi bila asah pisau memang pisau tu akan tajam.Boleh ka nak letak entry batu asah tu? Hish.....buat malu kat orang saja.Kalau orang lain minat kumpul barang kemas ke atau beli handphone baru ke......tapi kak erin memang gila dengan pisau.Nak beli pisau......nak beli pisau....nak beli pisau.....nak beli pisau!



Thursday, November 6, 2008

berbuka @hydro majestic hotel


ni gambar masa berbuka puasa kat hydro majestic. baru nak update he he he

anak akak ni suka makan jagung!!



Wednesday, November 5, 2008



Selain dari tugas hantar anak2 ke sekolah disebelah pagi, lagi satu tugas yang mesti dibuat ialah menjengah blog-blog kegemaran kak erin. Itu pun kalau Muhammad Addary sorang ni tak kacau ibu dia. Sejak dah 'tersalah masuk' ke alam blog ni, rasa macam ketagih pulak nak kena tengok hari2. Salah satu dari blog kegemaran kak erin ialah blog cik lemongrass......ralit baca apa yang dia tulis setiap hari. Dari manalah agaknya dia dapat idea nak menulis setiap hari......kak erin memang kagum dengan dia!
Lagi satu penulis kegemaran kak erin ialah cik Ain yang duduk kat Ireland tu. Pasai apalah dia tak buat entry baru........kak erin rindu nak baca cerita2 dia.....sibuk sangat kah Ain sekarang ni?

La ni dah tambah lagi satu penulis kegemaran kak erin.......siapa lagi kalau bukan cik Suzilawati yang dok kat Adelaide tu! Rajin betui dia masak, tapi nak buat macam mana .....anak2 nak makan apa kalau kita ni malas masak .......betui dak Suzi?
Ada lagi sorang ni yang kak erin patut sebut nama dia first sekali. Kak erin minat sangat tengok kreativiti Cik Wan yang duk kat Taipei tu! Cik Wan memang ada bakat dalam pastry. Kak erin dah awai-awai bagi tau Cik Wan, kalau dia nak bukak kedai pastry kat Penang nanti, ambiklah kak erin keja dengan dia.

Kak erin pun minat baca cerita2 Jun.......dia ni memang aktif betui memasak. Kak erin dah pernah cuba buat resepi 'Puding Roti'.......jadik pulak tu. Jun kalau bagi resepi memang ikhlas.....memang akan menjadik. Jun bila nak datang Penang ni....nanti kak erin masak 'Nasi Lemuni'. Blog Maisya pun selalu kak erin jenguk......memang bagus.

Azam tahun depan kalau boleh hari2 nak letak entry baru......boleh ke?



Tuesday, November 4, 2008

TAG: 7 FACTS ABOUT ME

Dapat tag dari Ain , sorrylah Ain.....baru sekarang ni boleh jawab.


Kak Erin ialah......

1. Anak sulung dari 4 beradik

2. Nama dalam mykad ERINNE BT HUSSIN

3. Memang suka dan minat memasak ( sampaikan abik course kat ITM pun dalam
cooking jugak)

4. Memang sayang sangat kat anak2, walaupun selalu naik angin kat depa

5. Dah biasa pi mana2 dengan anak2 saja, sebab suami sibuk dengan kerja

6. Suka kumpul buku masakan

7. Minat kumpul pisau2

8. Sejak dah berumur ni........nak buat apa2 pun pikiaq panjang2


Itu sajalah Ain, lain kali taglah lagi dengan soalan2 yang lain pulak

Kak erin nak cubalah jawab tag yang dah lama dipos oleh ayongdedek ngan ain yang dok jauh kat Ireland tu.

Nama-nama timbangan oleh orang yang tersayang:-

a) Nini - abah yang selalu panggil dengan nama tu

b) Yong - mama dengan adik-adik

c) Erin - kawan2 masa kat sekolah dan di office dulu

d) Maksu - anak2 sedara disebelah suami

e) Sayang- suami lah tu

Saya seorang yang........

a) suka makan
b) suka memasak
c) suka gelak
d) kadang2 suka naik angin
e) pantang tengok pisau ( suka beli pisau2 untuk memasak )
f) kalau ada duit memang nak membeli saja
g) seorang yang peramah


Insan teristimewa = describe apa yang membuatkan dia terlalu istimewa di mata anda
- suami ( sebab sayangkan kak erin sepenuh jiwa dan raga......he..he...he mintak-mintak sampai tua lah dia sayang )


Makanan kegemaran anda.......
a) nasi dagang
b) laksa
c) bihun sup
d) cucuq kodok
e) cucuq udang
f) keow teow goreng
g) ikan keli goreng

Favourite color.....
suka biru


Favourite song....
Atas Nama Cinta ( Rossa)


Sikap yang membuatkan anda stress....
tak tau tapi saja nak tunjuk pandai


3 benda yang mesti ada dalam handbag anda......
jarang bawak handbag sekarang ni


Bila nangis beria-ria.....kenapa?
Tak ingatlah bila....tapi kalau menangis mesti sakit hati dengan seseorang


Nak tag siapa?
Tak payahlah kot......segan nak suruh.

Friday, September 12, 2008

Ni lagi satu benda yang Zanie bagi kat akak. Cantiklah bunga ni Zanie........terimakasih!

MAI LA KITA PAKAT-PAKAT HANTAQ KAD RAYA DAN BUNGA


Dah dapat kad raya dari Zanie, terimakasih banyak- banyak.

Thursday, September 11, 2008







Ini Tiramisu kak erin buat semalam untuk buka puasa. Anak buah kat tempat kerja suami kak erin join bukak puasa semalam, so masak extra sikit la...






Char Keow Teow ada.....












Lontong dan 'CUCOQ' udang pun ada....


Thanks Eija untuk award nih!

Thanks Ainul for the Ramadhan wishes!

Friday, July 25, 2008

BEST FRIENDS FOREVER

What is a best friend?
A best friend is someone who keeps your secrets, listens to you, shares good times and bad with you and loves you like a favourite sister. You can have lots of friends but a best friend is someone who's really special.....

Here are one of the reason why best friends are the best, no matter what:-
BEST FRIENDS EAT THE BLUEBERRY MUFFINS YOU MAKE FOR BREAKFAST AT YOUR SLEEPOVER- EVEN IF YOU ACCIDENTALLY USE GARLIC SALT INSTEAD OF SUGAR (OOOOPS!)

Sunday, July 20, 2008

NASI LEMUNI/ LEGUNI


Resepi Nasi lemuni atau leguni:

6 cawan beras
3 genggam daun lemuni ( leraikan dari btgnya) - mesin daun tersebut dan tapis utk. dapatkan airnya
5 cawan air daun lemuni

2 cawan santan

2 labu bawang besar )

2 ulas bawang putih)
3 inci halia ) mesin halus
sedikit garam dan gula minyak

Masukkan beras, air daun lemuni,santan, bawang yang dah dimesin, gula+garam dan minyak ke dalam periuk nasi.
Kacau nasi sekali-sekala untuk mengelakkan nasi dari mentah. Sedap you nasi ni kalau makan dengan sambal tumis ataupun gulai ikan kering!

Dulu saya tak pernah jumpa atau tengok daun lemuni ni.Tapi orang2 sebelah Penang memang cukup suka makan nasi ni.Nasi ni sebenarnya macam nasi lemak jugak tapi diletakkan air daun lemuni.Tapi memang sedap makan dengan gulai ikan kering.

Sunday, July 13, 2008

pasta mania!!!


hari ni akak nak share resepi pasta sauce yang selalu akak buat kat umah. simple je cara nya...

resepi for bolognaise sauce:

1 kg daging/ayam cincang
1 tin besar tomato puree
3 batang carrot dicincang
1 tin button mushroom
2 biji capsicum di hiris halus
2 sudu besar cili boh
bawang besar n bawang putih ikut suka (he he he)
italian herbs secukup rasa
garam n gula secukup rasa jugak.
minyak zaitun untuk menumis
air mengikut kepekatan

cara cara:

panaskan minyak, tumis bawang besar n bawang putih sampai wangi.
masaukkan ciliboh dah masak sehigga hilang bau cili.
masukkan daging cincang dan tomato puree dan air.
renihkan sampai daging empuk masukkan segala bahan lain dan masak sehingga kepekatan yang disukai.

selalu akak buat kuah a day befaore so that kuah tu dah sebati n dah serap rasa.

boleh dihidangkan ngan pelbagai jenis pasta... spaghetti, fettucine,macaroni dan boleh jadi sauce for lasagne.

Wednesday, May 28, 2008

1st Day!!!!!!


ni la fist time buat blog! tahniah buat diri akak ek!